Keuntungan setiap lot bagi minggu ke-43 : RM0.30 Jumlah Lot = 102
last update : 29/10/2011
Contact Me
Email : duokino@yahoo.com
Peringatan
Adalah diingatkan bahawa ini bukan skim cepat kaya. Di sini ingin dijelaskan bahawa tiada apa-apa jaminan keuntungan.
Pelaburan Forex mempunyai risikonya. Walaupun kerap mendapat keuntungan dan kadangkala keuntungan adalah berlipat kali ganda, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga risiko untuk mengalami kerugian. Walaubagaimanapun kerugian tersebut sangatlah cuba untuk dielakkan.Walaupun tiada yang berminat untuk sama-sama berkongsi, urusniaga Forex ini tetap berjalan. Ini sekadar memberi ruang untuk sama-sama berkongsi modal, keuntungan dan juga kerugian. Jika berlaku kerugian, ianya bukanlah disengajakan. Tiada pihak yang inginkan kerugian.
Saya menggunakan platform yang membenarkan minimum USDS1 untuk menjalankan trading. Walaubagaimanapun bagi tujuan proses mendeposit ke akaun trading hanya membenarkan minimum USD10 untuk setiap deposit. Maka disebabkan itu saya meletakkan harga untuk 1 lot berjumlah USD10, iaitu RM37. Jumlah Rakan Kongsi yang terpapar dalam ruang duokinoForex Info itu adalah termasuk saya. Dan Jumlah Lot yang terpapar juga adalah termasuk lot saya.
Saya juga tidak menghasut mana-mana pihak untuk menyertai, atau pun memberikan apa-apa janji untuk memberi habuan sekiranya ada sesiapa yang membawa masuk ahli baru. Ini bagi mengelakkan mana-mana pihak membuat tuduhan bahawa ini adalah skim cepat kaya atau yang seumpama dengannya. Saya juga tidak menggunakan istilah ahli kerana ini bukan kelab atau apa-apa skim. Saya menggunakan istilah Rakan Kongsi kerana modal sama-sama, untung sama-sama, dan rugi pun sama-sama.
Blog ini sebenarnya bertujuan sebagai rekod prestasi saya setakat ini dan akan datang. Ini kerana ada keluarga dan rakan-rakan yang bertanya tentang perkembangan saya di dalam Forex. Harap tiada pihak yang salah faham.
No comments:
Post a Comment